PERINGKAT
SATU
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu
pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah
al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air
mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan),
kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang
sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan
sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang
bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah
sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air
mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,
tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah
lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah
perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan
alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh
telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin).
Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah
nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini
mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda
yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa
maksud :
sesuatu yang bergantung atau
melekat
pacat atau lintah
suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah
peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah
dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua
kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah
beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan
anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah
terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran
darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan
seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu
sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada
peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat
pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang
belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan
pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan
daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian pada minggu ketujuh
terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus ,
seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu
sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke
pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati,
buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna
lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut
semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Janin pada
usia 12 minggu
PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada
peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku.
Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat
janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya
Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup
lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk
menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku
tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
Janin mendapat makanan melalui
uri
PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat
peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad
yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini
berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh
termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam
rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses
perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan
Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di
dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling
bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah
s.w.t
TERFIKIRKAH AKAN UNIKNYA
KEJADIAN KITA ?
mudah-mudahan bermanfaat,, :)
BalasHapus